Wednesday, 7 September 2011

Falsafah Eid

https://www.facebook.com/home.php?ref=home#!/notes/abdullah-yasin/falsafah-idul-fitry-042/213319575391134

FALSAFAH IDUL FITRY – 042

by Abdullah Yasin on Tuesday, August 30, 2011 at 2:09am

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا : إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصِيَامِهِ . ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ )  Daripada Abi Hurairah RA katanta : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman : Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan : Ketika berbuka, dia bergembira kerana berbukanya, dan ketika menemui Tuhannya, dia bergembira kerana puasanya. (Muttafaq ‘Alaih).

Pengajaran Hadis :

1.      Setelah melalui latihan etensif selama sebulan Ramadhan, siangnya berpuasa dan malamnya qiyam, maka wajarlah jika umat Islam yang tekum beribadat bergembira menghadapi Hari Raya Eid Al-Fitry. Malahan begitu jelas dalam Hadis Qudsiy diatas bahawa bagi setiap orang yang berpuasa ada dua kegembiraan : 1. Ketika berbuka ; 2. Ketika menemui Allah di akhirat nanti. Kegembiraan pertama ketika berbuka mempunyai beberapa maksud, antaranya : a. Gembira kerana dapat melakukan puasa dengan sempurna padahal manusia dalam kubur juga menginginkannya tetapi mereka tidak berpeluang lagi ; b. Gembira kerana ketika berbuka mereka boleh melakukan apa yang dilarang pada siangnya seperti makan, minum, bercamour suami isteri dan lain-lain ; c. Gembira menghadapi Eid Al-Fitry setelah sebulan memperbanyak ibadat. Adapun kegembiraan kedua pula ketika menghadap Allah di akhirat nanti kerana ganjaran puasa luar biasa besarnya disisi Allah dan bakal memasuki syurga Allah melalui pintu khas bernama Bab Al-Rayyan.

2.      Eid ( عِيْدٌ ) makna asalnya : Kembali. Akar katanya sama dengan adat ( عَادَةٌ ) : Tradisi atau adat istiadat. Sesuatu dinamakan adat jika ia dilakukan secara berulang-ulang. Oleh itu, kerana setiap tiba 1hb Syawwal kita rayakan setiaptahun maka ia dipanggil ( عِيْدُ الفِطْرِي ) : Eid Al-Fitry ; dan setiap tiba 10hb Dzul Hijjah kita rayakan, maka ia dipanggil ( عِيْدُ الأَضْحَى ) : Eid Al-Adha. Al-Adha ( الأًضْحَى ) diambil dari perkataan Al-Udhiyah ( الأُضْحِيَةُ ) : Korban, kerana pada tarikh tersebut akan berulang ibadah korban setiap tiba Eid Al-Adha. Adapun perkataan Al-Fitry ( الفِطْرِيُّ ) berasal dari perkataan Al-Fitrah ( الفِطْرَةُ ) dan Al-Fitrah pula mempunyai beberapa makna, iaitu : Suci atau bersih atau asal atau semula jadi atau Islam. Jadi perkataan Eid Al-Fitry dapat membawa makna : Kembali Suci ; Kembali Bersih ; Kembali kepada Asal ; Kembali kepada Islam.

3.      1. Kembali Suci dan Bersih. Jika Eid Al-Fitry ditinjau dari sudut ini, sungguh tepat, sebab Ramdhan ( رَمَضَان ) diambil dari perkataan Ramadh ( رَمَضَ ) : Panas yang membakar. Jadi menurut sebahagian ulama, Ramadhan maknanya “ Pembakar Dosa “. Hakikat ini sangat sesuai dengan sabda Nabi SAW  : Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan didorong oleh keimanannya dan semata-mata mengharap pahala di akhirat nanti, nescaya Allah ampun segala dosanya yang telah lalu ; dan barangsiapa yang qiyam Ramadhan didorong oleh keimanannya dan semata-mata mengharap pahala di akhirat nanti, nescaya Allah Allah ampun segala dosanya yang telah lalu. (Muttafaq ‘Alaih). Rasul SAW juga bersabda : Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah (suci tanpa dosa) maka ibu bapanyalah yang akan me-Yahudikannya atau me-Nasranikannya atau me-Majusikannya. (HR Bukhari)

4.      2. Kembali Kepada Asal. Fitrah maknanya semula jadi atau asal. Jika ditinjau dari sudut ajaran agama Islam, maka ajaran asalnya kita disuruh agar mentauhidkan atau meng-Esakan Allah ; menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup ; menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan atau role model ; menyuruh kita agar amanah ; berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa ; berkata benar ; dan lain-lain lagi. Jadi jika kita memahami Eid Al-Fitry dari sudut ini, maka bermula dari 1hb Syawwal ini kita mesti dan wajib kembalikan pegangan agama kita, apakah dari sudut Aqidahnya atau cara beribadatnya atau akhlaknya sebagaimana yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya : Milikilah Tauhid yang murni dan jangan campuri unsur syirik ; ikutilah cara ibadat Rasulullah SAW dan jauhi bid’ah ; kembalilah amanah dan jangan khianat ; kembalilah kepada keadilan dan jauhilah kezaliman ; berbuat ihsanlah kepada ibu bapa dan jauhilah sifat durhaka ; berlemah lembutlah kepada ibu bapa dan jangan menyakiti hati mereka. Kalau selama ini sukan makan minum dengan tangan kiri, maka sekarang makan dan minumlah dengan tangan kanan. Ingatlah !!! untuk kembali kepada ajaran Islam yang asal memang memerlukan perjuangan, sebab syaitan sentiasa berusaha agar kita menyimpang dari “ Jalan Allah Yang Lurus “. Oleh itu, ilmu agama perlu ditambah senantiasa sebab cara yang paling tepat lagi berkesan melawan godaan syaitan adalah dengan ilmu. Dan ilmu yang paling tepat dalam hal ini adalah ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

5.      3. Kembali Kepada Islam. Rasulullah SAW bersabda : Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah (suci tanpa dosa) maka ibu bapanyalah yang akan me-Yahudikannya atau me-Nasranikannya atau me-Majusikannya. (HR Bukhari). Hadis ini memberi isyarat bahawa setiap manusia dilahirkan dalam Islam. Itulah sebabnya baginda SAW tidak menyebut dalam hadis ini “ maka ibu bapanyalah yang meng-Islamkannya “ sebab sememangnya manusia dilahirkan dalam Islam. Itu jugalah sebabnya maka istilah yang paling tepat bagi orang-orang kafir yang baru memeluk agama Islam bukan dikatakan “ convert “ tetapi lebih tepat jika kita gunakan istilah “ revert “ atau “ back to basic “ atau “ kembali kepada asal “. Dan asal usul agama manusia adalah Islam. Hanya Islam saja satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT. Firman-Nya (  إن الدين عند الله الإسلام  ) : Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam. ( Ali Imran ; 19 ).

6.      Mengapa bulan Ramadhan disusuli dengan bulan Syawwal ? Apakah makna Syawwal dan mengapa 1hb Syawwal dipanggil Eid Al-Fitry ? Jaka kita merujuk kepada kamus maka diantara makna Syawwal ( شوال ) adalah ( ارتفع  ) : Meningkat (Up gread). Maksudnya : Setelah kita lalui Ramadhan dengan perbagai latihan siang dan malam untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah, maka sangatlah sesuai jika disusuli dengan Syawwal yang membawa makna “ peningkatan “. Oleh itu, begitu berakhir Ramadhan seharusnya kita menjadi manusia yang lebih baik dalam bulan Syawwal dan seterusnya, bukan sebaliknya !!! Mengapa ada manusia yang rajin beribadat dalam bulan Syawwal tetapi malas bila memasuki Syawwal ? Mengapa ada manusia yang dapat meninggalkan perbagai maksiat dalam Ramadhan tetapi mula melakukannya lagi begitu memasuki Syawwal ? Mangapa sebahagian kita justeru merudum, bukan meningkat ? Apakah yang dimaksudkan dengan meningkat ? Apakah kita mesti berpuasa dalam Syawwal lebih banyak bilangan harinya berbanding Ramadhan ? Apakah Qiyam dan Tilawah Al-Quran mesti lebih banyak bilangan rakaat dan ayatnya dalam bulan Syawwal ?

7.      Allah SWT lebih menyukai amalan yang berkekalan  walaupun ia dilakukan dalam bilangan yang sedikit. Aisyah RA berkata : Rasul SAW ditanya : ( أَيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ ؟ ) : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Lalu baginda bersabda : ( أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ ) : Amalan yang berkekalan walaupun sedikit. ( HR Muslim ). Jadi maksud ( شَوَّالُ ) : peningkatan disini ialah kita mestilah kekalkan setiap amalan baik dalam Ramadhan seperti puasa, qiyamullail, tilawah Al-Quran, bersedekah, ihdan kepada ibu bapa dan jiran tetangga dan lain-lain dalam bulan Syawwal dan seterusnya. Jadi Islam sebenarnya lebih mementingkan “ konsistensi “ dan bukan “ kwantiti “. Dan inilah sebabnya mengapa hari pertama yakni 1hb Syawwal dipanggil dengan ( عِيْدُ الفِطْرِي  ) : Kembali kepada fitrah sebagaimana yang dijelaskan diatas. Saya harap para pembaca artikel ini dapat merenung maksud tersirat dari setiap istilah agama diatas. Semoga pegangan agama kita akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang. Oleh sebab itulah Rasululllah SAW bersabda ( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ ) : Siapa yang Allah menginginkan agar dia menjadi orang baik, nescaya Allah dorong dia memahami tentang selok belok agamanya ( HR Muslim ). Itu jugalah sebabnya Salaf Soleh berkata ( لَا عِبَادَةَ بِلَا تَفَقُّهٍ ) : Tiada berguna ibadat tanpa kefahaman.  

NOTE : Sempena Eid Al-Fitry ini saya ucapkan kepada semua pembaca FB saya (  تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ  ) : Semoga Allah menerima segala amal soleh kita, khasnya ibadah kita sebulan Ramadhan. Mohon maaf jika selama ini terkasar bahasa atau ada tulisan saya yang menyinggung perasaan pembaca. Tiada gading yang tidak retak. Kami sekeluarga menyusun jari sepuluh mohon maaf dan ampun kepada semua : Ustaz Abdullah Yasin ; Syarifah Zubaedah (isteri) ; Fawwaz ; Najwa ; Fathi ; Faiz dan Farid (anak-anak). Mohon doa semua agar kami sekeluarga sentiasa mendapat bimbingan Allah SWT dan bahagia dunia dan akhirat.

10-keistimewaan-orang-yang-berpuasa

http://feryco.com/10-keistimewaan-orang-yang-berpuasa

Menghayati pergerakan dalam solat.

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/3223-pengekalan-berat-badan-melalui-solat.html

Bagaimana solat membantu sebagai satu kaedah kerehatan tubuh?

Pergerakan yang sering anda lakukan sejak kecil sehingga kini telah menjadi satu perbuatan tanpa sedar. Setelah mengangkat takbir, tahu-tahu dah selesai solat. Hanya anda yang tahu sama ada hadir atau tidak hati dalam amalan solat anda sebentar tadi. Pemahaman dalam bacaan dapat membantu khusyuk dalam solat.
Setelah anda mengangkat takbir, anda telah menyambung talian online dengan Allah S.W.T. Anda membayangkan bagaimana Allah S.W.T menjaga anda semasa anda di dalam rahim ibu. Kedudukan kedua belah tangan yang dirapatkan ke dada dan kaki yang membengkok untuk menempati ruang di dalam rahim ibu. Anda berjanji sesungguhnya hidup dan mati hanya kerana Allah S.W.T. Alangkah ruginya sekiranya tiada peningkatan di dalam solat.

Tanyakan pada diri sendiri: "Adakah  kualiti solatku tadi lebih baik dari sebelumnya"?
Saya pasti anda ingat rukun solat iaitu:
  1. Niat
  2. Takbir
  3. Berdiri
  4. Membaca al- Fatihah
  5. Ruku'
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk di antara dua sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam
Mazhab Syafie' menambah rukun solat dengan:
  1. Toma'ninah
  2. Tertib
  3. Berturutan.
Perbuatan solat dimulakan dengan hati iaitu niat, diikuti dengan pergerakan anggota iaitu berdiri, ruku', sujud, duduk di antara dua sujud kemudian diikuti dengan perbuatan dengan lidah iaitu membaca al-Fatihah, selawat ke atas Rasulullah dalam tahiyyat akhir dan ucapan salam.
Cuba kita hayati maksud pesanan Rasulullah S.A.W mengenai pergerakan solat:

Dari  Abu Humaid A.S Sa'idi r.a berkata: "Aku mengingat solat Rasulullah S.A.W lebih baik daripada siapa pun di antara kalian. Aku melihat nabi S.A.W mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahunya dan mengucapkan takbir, dan ketika ruku' nabi S.A.W  meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lututnya dan punggungnya membungkuk lurus, kemudian setelah bangkit dari ruku' nabi S.A.W berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal. Ketika sujud, nabi S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di  atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat. Ketika duduk pada rakaat kedua, nabi S.A.W duduk di atas kaki kirinya dan menyangga kaki kanannya dan pada rakaat terakhir nabi S.A.W menekan kaki sebelah kirinya ke depan dan menopang kakinya sebelah kanan dan duduk di atas punggungnya. (1:79 Shahih  Bukhari)

Kupasan adalah berdasarkan pemahaman fisiologi struktur badan manusia dan kajian saintifik mengenai  kebaikan pada perubahan kedudukan  tubuh dan amalan Rasulullah S.A.W yang diulas dari sudut pemahaman sains. Ia merangkumi:

01.Aplikasi teknik relaksasi

Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebut Bismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.
Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.

02. Mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu

Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri.  Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.

03.Meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lutut dan punggung membungkuk lurus

Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.

Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.

04.Bediri tegak

Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.
Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.

Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...
Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah  pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.

05.Ketika sujud

Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.
Semasa sujud, tumpukan  berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki.  Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan  tangan, siku dan sendi baru.
Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.

06. Kedudukan pada ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir

Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.

Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?

Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.
Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.

Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.

Langkah 1
Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.

Langkah 2
Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.
Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.

Langkah 3
Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.
Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.
Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.
Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.

Langkah 4
Kedudukan ketika sujud.
  • Tumpukan pada 7 anggota sujud  iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
  •  Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
  • Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
  • Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan 
  • Tekanan di dada akan  menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.
Langkah 5
Bangkit dari sujud.
  • Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
  • Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang  yang lurus.
  • Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
  • Ini merupakan satu senaman yang baik untuk  mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran  darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.
Langkah 6
Duduk di antara dua sujud.
  • Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain.  Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
  • Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.
Langkah 7
Menoleh kepala ke kanan dan kiri
  • Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda.
- Artikel iluvislam.com
Dr Shahriah Ismail merupakan pegawai perubatan dengan kelulusan MD(UKM), Doktor Kesihatan Kerja (NIOSH) dan Certified Wellness Consultant (OUM). Berpengalaman bekerja selama 18 tahun.

Adab membaca Al-Quran

http://www.harian-metro-online.com/22-adab-dan-petua-membaca-al-quran


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.