Wednesday, 13 July 2011

Ambang Ramdhan _Prof MKI

http://muhdkamil.org/blog/2011/07/13/ambang-ramadhan/

''.... kejayaan sebenar ibadat puasa – bagi saya – adalah amalan-amalan yang diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.
Misalnya, seorang isteri yang bangun menyediakan sahur untuk suami dan anak-anak lalu mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan solat sunat yang lain sebelum masuk ke dapur sepatutnya menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan mengubah sempadan iman.
Pada 11 bulan yang lain, mereka bangun awal untuk melaksanakan solat malam semata-mata kerana Allah dan bukan lagi sampingan kepada menyediakan sahur, InsyaAllah.
Bulan Ramadhan bulan yang sangat mulia. Hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini. Sambutlah dengan harapan ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisiNya.''

No comments:

Post a Comment